January 29, 2011

Rumahku Syurgaku


Ini la umah hasil titik peluh aku dan suami tercinta. Belum habis bayar tu. Tua nanti baru habis bayar nie. Kena la kerja kuat. Don't malas2. Ni la harta untuk anak-anak kami nanti. Insyaallah..


Tak sabar2 ni nak ambik gambar umah kami. Masa ni baru lepas ambik kunci umah. Perasaan gembira yang tak dapat di gambarkan. Alhamdulillah..Anak-anak la yang paling gembira. Bukan main lagi diorang. Expecially, kakak nie. Dia dah kata umah dia jea. Padahal mama dengan papa yang berpeluh2 membayor nyer..Sabar jelah..

January 24, 2011

24.01.2011

Semalam aku pergi melawat jenazah sepupu aku..Sedih bila tengok orang yang muda nie pergi meninggalkan ahli keluarga. Kadang-kadang terasa insaf dan sedar bahawa Allah panggil semula umat-Nya tak kira usia. Lepas tu terfikir adakah kite betul2 bersedia untuk bertemu dengan-Nya.  Semalam terpaksa naik lrt dgn si arfan nak pergi tengok jenazah kat PPUM. Sebab fikir sedara aku gagahkan gak bawa si arfan sekali naik lrt. Berpeluh2 dibuatnya. Arfan maintain jelah badan mcm tu. klu tembam sgt mama tak larat nak dukung. Akhirnya smpai dan sempat gak aku menjenguk keluarga jenazah sebelum jenazah dibawa ke Melaka untuk dikebumikan. Semoga roh sedara aku ditempatkan di tempat orang2 yang beriman. Amin...

January 19, 2011

Ni anak kedua aku yang terlalu ligat..Muhamad Nuaim Arfan..

 Pertama kali sambut raya pakai baju melayu..so cute la anak mama nie..



Baru nak blajar2 jalan..Kena naik kereta dia laa..



Ini baru nak blajar meniarap. Masa ni dah pandai capai2 barang2..

Masa ni kena pakai puting sebab mulut tak mau diam.

My handsome boy..Time nie je nak pakai topi. Sekarang dah tak mau dah..

Tengok la.. Pencinta haiwan..Naik kuda mainan pun macam naik kuda betul2..Siap gosok2 lagi kuda tu..

Inilah keluarga aku bersama ibu yg dikasihi...

Tiada tandingan pengorbanan seorang ibu..


Rindu kat mak aku. Bersyukur dapat mak macam mak aku ni. Sanggup berkorban keringat membesarkan adik-beradik aku selepas pemergian arwah bapa aku.Terima kasih mak. Segala pengorbanan mak x dapat nak balas sepanjang hayat kami. Walaupun hidup susah kami x pernah merungut sebab mak x pernah biar kan perut anak2 mak kelaparan.x dapat bayangkan betapa penat mak mencari rezeki untuk membesarkan kami. 2 kerja dalam 1 hari. We are so proud of you Mak. Thank you mak..Mak la segala2nya buat kami..Sayang Mak..

January 17, 2011

Melangkah ke Dunia Baru....

Selamat datang kepada semua..1 dunia baru bagi aku yang baru berjinak-jinak ke alam blog2 nie..satu pembelajaran baru.Untuk yang tak pernah merasainya, anda leh cuba buka blog sendiri dan rasai kepuasannya..