March 21, 2011

Tolong....Tolong....Tolong.....

Kenapa...kenapa...kenapa...?????????????????????

Aku pelik la, kenapa?????????
Sampai hari ni aku terfikir, kenapa???????????
Tiap-tiap hari aku rasa macam ni, kenapa???????????????

Kenapa....kenapa...kenapa...????????????????????

Kenapa MALAS sangat nak wat keja nie....kenapa..kenapa...kenapa???????????????
Benci bila MALAS melanda diri nie...Benci bila MALAS mengusai diri ni...Benci bila terpaksa berkawan dengan MALAS ni..Kenapa hidup ni perlu didampingi sikap MALAS....Tolong..Tolong..Tolong...

Aku MALAS nak buat kerja......

March 10, 2011

MATA OH MATA

Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya

Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati

Oh mata memandangku
Membuat ku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku
 
 
Ni bukan nak suh nyanyi tau..sebenarnya nak cite jea..nape la mata ni hari2 mengantuk yea.Pelik betul la.Sakit kepala dok tahan mata ngantuk.Ditambah dengan keadaan yang sejuk membeku ni, lagi la mata aku layu di tasik madu..Aduuuuhhhh...x bisa tahan nie.Nasib baik hari nie jumaat. Rehat pun cepat. Leh la aku melelapkan mata masa rehat nanti. Tapi mata ni pandai tau.Time rehat nanti dia segar bugar la tu. Langsung xde rasa mengantuk..Percayalah..Mata oh mata..Walau nampak kecik tapi sengsara nak menahan keberatan nya bila rasa mengantuk..Tak boleh tahan tau...Arrggghhhhh...Mengantuk nyer.....

March 6, 2011

8P Tips Kebahagian Rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Hati Oh Hati...

Nape hati nie selalu sakit yea.Macam mane plak kalau xde hati??Selalu susah hati.Kenapa xde ubat untuk perbaiki sakit hati dan susah hati.Bila susah hati hari-hari jadi lambat jea.nak keja pun x syok. Macam ne yea??Tak tau la susah hati dan sakit hati kat sapa.Tapi terasa hati nie berat jea.Harap-harap nanti ada la doktor untuk mengubati sakit hati dan susah hati....;-)