October 12, 2011

Anak Daraku..Dulu dan Sekarang..

Dulu anak aku yang sulung nie memang bulat..Susah nak cari seluar dgn kasut..Memang susah ati masa tu sbb kasut xde size utk umur dia..Klu ada pun atas kasut tu ketat..Kesian anak mama nie..Tp bila dia mula skolah umur 5 tahun badan dia dah mula susut ckit2..Dan bila dia berenti minum susu lagi la badan dia turun dengan mendadak..Bkn sengaja putuskan susu dia tp gigi dia rosak sbb puting botol susu dia. Suruh minum dlm cawan dia x nak..Ini lah hasil badan dia sekarang..Katanya nak jadi model.Sbb tu dia nak kurus jea katanyer..Mama dia gak x kurus2..Haaa...haa...haa..Kite layan gmbr2 dia dulu dan sekarang..




October 9, 2011

Arfan Berambut Baru

First time potong rambut arfan kat kedai mamak..Mula2 dia terjerit2 x mau duk kat kerusi mamak tu. Aku pun buntu mcm ne nak potong rambut dia.Bkn aper kat umah xde kelengkapan yang cukup nak potong rambut dia.So, terpaksa la bw kedai mamak tu. Mamak ke bangla aku pun x pasti..hee..hee..Last2 mamak tu cakap dengan mama2 dia skali la duk kat kerusi tu.Baru la dia diam.Dapat la potong rambut dia bg nipis ckit.xde la botak sgt2.karang kurang handsome plak anak mama nie..hee..hee..

 Jom kite layan gambar2 dia yang bermasam muke kena potong rambut....

Muka serius je kena potong rambut..

Kepala keras jea..Jenuh mamak tu adjust kepala dia..

Masa ni dah ok ckit..Hati dah tenang sikit kena potong rambut tu.

Mengintai cermin tgh fikir style apa la mama aku ni potong..hee..hee..

Bila la nak abis potong mamak nie (Itu la yg dia fikir kot)..;-)

Ni la rambut baru dia..x yah susah2 cari sikat lepas mandi..

bukan main kembang hidung dia bila ambik gambar dengan rambut baru tu..x cover langsung anak mama nie..hee..hee..

October 6, 2011

Buang Yang Keruh Ambik Yang Jernih..

Pesanan Buat Suami Dan Para Lelaki..
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim.

October 5, 2011

2 Pusar Kepala Si Arfan..

Orang banyak kata budak yg ada 2 pusar ni kalau bela kambing memang leh menjadi..macam2 la orang kata pasal pusar ni..Mak aku plak kata klu pusar 2 ni pegi mancing memang leh dapat banyak ikan..tapi perangai dua pusar ni memang lain la.Memang very the active tau.Memang berbeza dengan kakak dia.Tak mau diam langsung.Kalau bab memanjat2 tu serah la kat dia.Memang teror.Klu pegi kedai makan lg la sakit hati.Tak sempat nak makan la.Tapi ada makcik tu cakap budak aktif ni bagus.Sebab bila besar dia jadi budak pandai..Insyaallah, harap2 la anak mama jadi pandai yea Arfan..

Nampak pusar dia tu.Memang terang2 dua tu.Nak sikat rambut pun susah tang2 ctu..Apapun anak mama memang comei..hee..

Pertunangan Adikku..Selesai Sudah..

Sori lambat nak update blog nie..xde masa dan line x clear la..adik aku dah selamat bertunang pd 10.07.2011 yang dulu2..lama dah..tp nak share la dgn kawan2 semua yea..so,enjoy...

Ini barang2 dari sebelah kami..Ada antara nyer tu aku yang buat..ok2 jelah..tapi rasa puas bila kite cuba buat sendiri..Ada sebahagian tu makcik aku buat, sepupu aku bagi dan nenek sedara aku bagi..

Ni mak aku tengah berusaha menyarungkan cincin kat bakal menantu nie..insyaallah klu jodoh kuat..hee..hee..

Ni la buah hati adik aku tu..Dah sampai seru la diorang nie..

Ni tunang adik aku bersama dengan barang2 hantaran dari pihak diorang..

Yang baju merah tu la adik aku..handsome tak??hee..hee..alhamdulillah, boleh la..hee..hee..

Masa ni kitorang pun sibuk nak bergambar dengan tunang adik aku tu..

Mak bergambar dengan bakal menantu..Excited mak aku tu..Harap2 jadilah..