November 19, 2011

Hulurkan Senyuman Tambahkan Amalan

Tanya seorang lelaki, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah terlepas saya beribadat kepada Allah.Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah S.A.W. adalah penduduk dunia yang miskin tetapi wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. sebab menurut Rasulullah S.A.W., salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu berubah, dan wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar tanpa mengeluh.

Tak hairan jika Imam Hasan al-Basri berpendapat awal, keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan senyum adalah sedekah yang paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Rumah tangga juga akan aman bahagia jika sentiasa senyum dan menyelesaikan masalah dalam keadaan yang tidak tegang..

November 8, 2011

Salam Aidiladha...

Salam semua.....

Tak terlewat rasa nye kite nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban yea..Tahun nie mcm tahun2 yang sebelum nie.Cuma raya di KL jer.Xde wat apa pun.Duk golek2 dgn anak jer kat umah..seronok gak duk umah jer kan..Memang biasa nyer raya haji nie x wat aper pun.Tahun ni dapat la cuti extra 1 ari lg iaitu hari Isnin.Dpt la relax lama ckit..Tapi bila masuk ari selasa kena kerja plak..Liat nyer nak g kerja..Tuhan jer tau mcm ne perasaan malas nie.Memandangkan cuti rehat yang kering kontang tu, terpaksa lah gagahkan diri g kerja.Alhamdulillah, smpai ke tmpat kerja dengan selamat..haaa..haa...bila smpai x sabar plak nak tunggu time balik ke umah..haa..haa... macam2 perasaan nie ada kalau lepas cuti kan..ini la nama nyer manusia kan..apa pun kerja kena ikhlas..(ikhlas ker????)...haaa..haaa...

November 1, 2011

Birthday Yang Tertangguh..(18.08....)

Kesian anak-anak aku tahun ni. Lewat sangat sambut birthday diorang. Anak aku yang kecik tu pun baru tau nak tiup lilin lepas hari yang ktorg sambut tu. Kesian dia.Kakak dia dah jemu dah.Selalu potong kek walau bukan harijadi die..hee..hee..

Untuk anak-anak mama yang lahir pada tarikh yang sama iaitu 18.08...mama minta maaf sbb lmbat sambut untuk u all yea..Maklumlah la birthday diorg jatuh pada bulan puasa. Tu yg tertangguh lama tu. Harap2 next year birthday diorg jatuh pada hari raya..Next year mama akan buat grand ckit..Insyaallah..Jom kite layan gmbar anak-anak mama nie potong kek..(Kek Offer tu)..hee..hee..