Setelah seharian penat mengemas rumah akibat didatangi makhlus perosak, husband ajak makan Nando's..Orang kata "Rezeki jgn ditolak...musuh jgn dicari", apa lagi laju jea bersiap..Memang sedap makan nando's..jgn diorg naik harga lagi sbb harga ayam sekarang naik dah la..arfan pun syok je layan dalam nando's tu..tenang jea dengan music yang sentimental tu..Satu lagi yang best g nando's nie sbb air dia leh refill..minum la smpai kembung perut pun xpe..air pilihan mestilah Ice Lemon Tea..
February 8, 2011
February 6, 2011
Dream High
Six students at Girin Art High School work to achieve their dreams of becoming stars.
* Sekarang tengah syok follow citer nie. Seronok tengok budak-budak sekolah yang bersaing dengan skills masing-masing. Tak membosankan. Sekarang tengah tayang kat KBS World hari Isnin dan Selasa kul 9.00 mlm hingga 10 mlm. Best tau..
January 29, 2011
Rumahku Syurgaku
Ini la umah hasil titik peluh aku dan suami tercinta. Belum habis bayar tu. Tua nanti baru habis bayar nie. Kena la kerja kuat. Don't malas2. Ni la harta untuk anak-anak kami nanti. Insyaallah..
Tak sabar2 ni nak ambik gambar umah kami. Masa ni baru lepas ambik kunci umah. Perasaan gembira yang tak dapat di gambarkan. Alhamdulillah..Anak-anak la yang paling gembira. Bukan main lagi diorang. Expecially, kakak nie. Dia dah kata umah dia jea. Padahal mama dengan papa yang berpeluh2 membayor nyer..Sabar jelah..
January 24, 2011
24.01.2011
Semalam aku pergi melawat jenazah sepupu aku..Sedih bila tengok orang yang muda nie pergi meninggalkan ahli keluarga. Kadang-kadang terasa insaf dan sedar bahawa Allah panggil semula umat-Nya tak kira usia. Lepas tu terfikir adakah kite betul2 bersedia untuk bertemu dengan-Nya. Semalam terpaksa naik lrt dgn si arfan nak pergi tengok jenazah kat PPUM. Sebab fikir sedara aku gagahkan gak bawa si arfan sekali naik lrt. Berpeluh2 dibuatnya. Arfan maintain jelah badan mcm tu. klu tembam sgt mama tak larat nak dukung. Akhirnya smpai dan sempat gak aku menjenguk keluarga jenazah sebelum jenazah dibawa ke Melaka untuk dikebumikan. Semoga roh sedara aku ditempatkan di tempat orang2 yang beriman. Amin...
January 19, 2011
Ni anak kedua aku yang terlalu ligat..Muhamad Nuaim Arfan..
Pertama kali sambut raya pakai baju melayu..so cute la anak mama nie..
Baru nak blajar2 jalan..Kena naik kereta dia laa..
Ini baru nak blajar meniarap. Masa ni dah pandai capai2 barang2..
Masa ni kena pakai puting sebab mulut tak mau diam.
My handsome boy..Time nie je nak pakai topi. Sekarang dah tak mau dah..
| Tengok la.. Pencinta haiwan..Naik kuda mainan pun macam naik kuda betul2..Siap gosok2 lagi kuda tu.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)



